Tuesday, November 17, 2009

'Mata Hati' yang tersembunyi....

Ghaddhul Basar—Tundukkan pandangan..
Allah swt menggunakan terminologi “Basar”—pandangan dan bukannya “’ainun”—mata.. Tuntas, yang perlu ditundukkan ialah ‘pandangan’ yang meliputi seluruh pancaindera dan bukannya mata sahaja..
Manusia memandang dengan dua pancaindera.. External dan juga Internal.. Pancaindera external ialah memandang menggunakan MATA KEPALA. Manakala, pancaindera internal pula ialah memandang dengan menggunakan MATA HATI. Mata hati inilah yang jarang dijaga oleh kita..
Ya.. Sama pentingnya kita menundukkan mata kepala begitu jugalah pentingnya mata hati ditundukkan. Bahkan perlu lebih lagi. Mata hati bukan boleh dikawal dengan satu anggota seperti mana kita mengawal mata.. Tapi, mata hati terlalu mencapah kuasanya sehingga apabila ia tidak dikawal maka bertapaklah segala bentuk pengaruh syaitan di dalamnya..
Ingat. Yang perlu dijaga bukannya “‘ainun” sahaja.. Tapi, seluruh indera yang berkait dengan “basar”.
Hari ini aplikasi perhubungan internet adalah terlalu pelbagai.. Antara yang ter’famous’ sekali, FACEBOOK. Bagi saya, tak salah menggunakannya.. Manfaatkanlah apa yang kita kira ia boleh menguntungkan Islam.. Itu pra-syarat yang seminimumnya.. Terbukti, ramai yang mampu menjadikannya bermanfaat untuk umat.
Cuma, dalam ‘kesibukan’ memanfaatkannya.. Mata hati mesti selalu dijaga.. Jangan sampai “tegur-sapa” di alam maya menjadikan ia terbekas dan tertempel pada mata hati yang sepatutnya ditala sepenuhnya kerana Allah swt.. Takut, akhirnya ia tumpul lantas patah dek onar maksiat sesama hamba.. Tidak semua “tegur sapa” itu boleh berukhuwwah kerana ukhuwwah bukan ukuran rancak tegur sapanya..
Kalau merasakan ‘tak perlu’.. Tak salah ia ditinggalkan untuk menjaga sucinya mata hati. Insya Allah kita akan untung.
Wahai wanita..
Berdiskusilah.. Tapi niat mesti “Lillahi ta’ala”.. Iaitu kerana ILMU dan KEPERLUAN. Wanita diberikan kelonggaran untuk berdiskusi dan bercakap kerana dua matlamat tadi. Saya sokong untuk itu.. Tapi, entah kenapa.. Dari ilmu dan keperluan boleh terpaling hingga ke perkongsian EMOSI dan PERASAAN.. Sehingga mengundang komen yang berturutan dari bukan mahramnya.. Apakah ia masih perlu?
Tambah sedih lagi..
Wanita menjadi gembira melihat komen untuk kongsi perasaannya hari itu berjela-jela.. Ya Allah.. Tak perlu semua itu.. Simpanlah perasaan dan emosi kamu duhai wanita.. Kongsikan secara rahsia kepada orang yang sepatutnya sahaja. Ayah, ibu atau suami kamu. Itu lagi mendapat pahala dan mengelak dosa..
Jangan kita terperangkap.
Mari kita sama-sama mujahadah.. Nak cetuskan perasaan taabbud kepada Allah bukanlah dengan kita mampu posting sesuatu kalimat indah di alam maya.. Bukan dengan kita mampu ‘cakap’ kepada orang yang betapa kita merindui Allah swt tepat pukul 3 pagi..
Tapi, apa yang terpenting ialah.. Kita bisikkan kalimat itu hanya kepada Allah.. Dia dan kita sahaja. Dia tahu sejauh mana ikhlas kita dan Dia yang akan memberikan ganjaran buat kita.. Apakah tidak cukup lagi untuk kita?
Saya bukan ahlinya untuk dirujuk atau dicontoh. Masih banyak kurang dari lebihnya.. Cuma, sekadar lontaran pandangan atau pendapat dari yang cetek ilmunya.. Moga kita diperjelaskan. Insya Allah..

Wednesday, November 4, 2009

Muhasabah?






Muhasabah datang dari kata arab HISAB.. Maksudnya KIRA.. Kan dulu-dulu, subjek matematik juga dipanggil ilmu hisab.. Ilmu kira-kira..

Makanya bermuhasabah membawa suatu makna kita TIMBANG-KIRA amal yang ada dengan umur yang dah berlalu..

Ya.. Penting sangat..

Kalaulah muhasabah boleh dibuat setiap malam lagi baik..

Tak perlu ambil masa yang lama..

Cukuplah selepas solat sunat dua rakaat sebelum tidur, kita ambil sedikit masa duduk atas sejadah.. Merenung, mengira, menilik, dan menilai segala amal yang dilakukan seharian.. Jika ada amal yang BAIK, maka berjanjilah untuk menambahinya esok.. Jika ada amal yang BURUK pula, berjanjilah juga.. Tetapi, janji untuk tidak sekali-kali mengulanginya!

Janji dengan Allah.. Tuhan sekalian alam!

Bukankah kisah Khalifah Umar masih segar dalam ingatan kita.. Bagaimana beliau bermuhasabah di tengah malam dengan sebatang rotan.. Sehinggakan ketika kematian beliau, jelas kelihatan kesan-kesan rotan pada belakangnya! Hebat sekali kesungguhan MUHASABAH beliau..

Sesungguhnya..

Seorang hamba yang amat cinta dengan Penciptanya pasti ia merasakan getaran yang maha dahsyat tatkala menghadap kekasihnya di sepertiga malam.. Apatahlagi jika kekasihnya tadi ‘mempersoal’ segala dosa-dosa yang dilakukannya di siang hari ketika sesi muhasabah.. Hamba yang bertakwa ini pasti menangis dengan penuh rasa kesal dan bimbang.. Bimbang apa? Bimbang takut-takut dosanya menjadi pemadam kehangatan cinta mereka.. Cinta Hamba dengan kekasihnya (AllaH ‘azza wajalla)..

Macam mana RASA cinta macam nie..?

Benda nie sangat subjektif untuk diterangkan.. Ia bergantung dengan iman dan amal seseorang.. Setiap orang punya tahapan masing-masing.. Manakan sama tahap iman seorang umum dengan seorang ulama misalannya.. Manis cinta itu adalah anugerah yang berbeza-beza dari Allah.. Iya.. Bergantung dengan usaha kita mendekatiNya..

Sekadar renungan..

Seorang teruna yang ketagihan kasih dan belaian si dara.. Dia akan sanggup menunggu berjam-jam lamanya duduk bersama.. Berbual entah apa entah.. Sembang tak habis-habis sampai ke pagi.. Bermula dari lepas maghrib sehingga lepas isyak tak berhenti lagi.. Pukul 1 pagi beli makanan untuk sahur, eh ada lagi mamat dengan minah nie kat kafe.. Bercanda-candaan tanpa ada rasa jemu, mual, penat, dan sebagainya.. Kenapa?? Sebab.. Itulah pukulan CINTA..

Tapi.. Malangnya.. Masa dan tenaga yang dilabur untuk cinta spesis ini tidak mengundang apa-apa faedah.. Air liur terbazir begitu sahaja.. Bahkan! Ancaman Allah menunggu di akhirat sana..

Cinta yang sekejap.. TIRUAN.. Dah berkahwin nanti tahulah apa jadi.. Bosan tak tahu nak sembang apa.. Yelah.. Modal cerita si teruna dah habis time bercouple dulu!

Menyimpang jauh nie.. Tadi kata nak cerita pasal cinta ASLI antara hamba dengan pencipta.

Ok.. Saya suka ulangi bahawa benda nie sangat subjektif.. Bergantung dengan iman dan amal seseorang.. Tapi, kita cuba untuk definasikan melalui perspektif yang umum yang mudah untuk difahami..

Contoh.. Pernah tak satu hari tue kita rasa malas sangat untuk solat berjemaah.. Lagipun bukannya wajib solat berjemaah! Solat kat bilik dahlah.. Rasa surau tue terlalu jauh walhal hanya depan kolej saja.. Tak sampai 10 minit pun kalau berjalan kaki.. So, masa tue ada dua keadaan orang..

Orang yang pertama.. Orang yang kalah dengan nafsunya.. Lantas, tidak ada upaya dan daya untuk mengatur langkah ke surau.. Orang macam nie tidak menghargai ikatan CINTAnya dengan sang Pencipta.. Bukankah sewajarnya ia patut pilih yang paling disukai oleh Allah?? Bahaya tabiat seperti ini.. Sebab takut-takut lambat laun rasa cinta dengan Allah akan terhakis!

Orang kedua.. Macam tadi jugalah.. Rasa malas tue ada.. Tapi, oleh sebab ia pendamba cinta dari Tuhannya maka ia gagahkan juga untuk menapak ke surau.. Menyahut panggilan mu’azzin sebagai ‘tukang seru’ Allah di muka bumi.. Walaupun usaha itu kelihatan sedikit.. Tapi akhirnya, KREDIT CINTA yang akan digunakan untuk menghubungkan antara Hamba-Pencipta dapat ditambah sedikit demi sedikit.. Orang kata, top-up!

Itu hanya 1 per sejuta contoh yang ada..

Realitinya..

RASA bercinta dengan Tuhan bukan boleh dibina dalam masa satu hari! Bukankah Imam Nawawi pernah ditanya.. Bilakah tuan merasa benar-benar khusyuk dalam solat? Jawab beliau.. Aku merasa benar-benar khsyuk dalam solat ketika umurku mencecah 40-an..

Nah.. Sedangkan para ulama besar-besar sekalipun mengikat cinta dengan Tuhan sehingga berpuluh-puluh tahun.. Inikan pula kita hari ini? Itu sebab saya analogikan usaha-usaha amal yang sedikit di mata manusia yang kita perbuat hari ini sebagai suatu usaha menambah KREDIT CINTA kepada Allah.. Sikit-sikit moga ia menjadi bukit!

Insya Allah satu masa nanti rasa BERCINTA yang sebenar-benarnya akan kita kecapi dalam segala gerak-geri kehidupan seharian!

Berbalik kepada perihal MUHASABAH tadi.. Apa perkaitannya dengan cerita cinta yang dibincang?

Senang sahaja.. Dari muhasabah harianlah kita tahu dimana takat cinta kita dengan Allah.. Adakah cinta kita dengan Allah cinta ASLI ataupun TIRUAN? Kalaulah kita sanggup berjam-jam lamanya menghadap kekasih yang berwajah makhluk mengapa pula kita tidak sanggup berjam-jam lamanya duduk bermuhasabah dengan Khalik??

Itu sebab Allah berfirman dalam Surah Syams..


“Maka Allah mengilhamkan kepada manusia dua jalan, jalan kejahatan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya!”

Tuesday, September 15, 2009

Edaran Poskad Raya

salam.
Dalam lebih kurang 3 hari sahaja lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita..

Allah Taala menjelaskan bahawa puasa boleh mendidik seseorang menjadi mukmin bertakwa kepada-Nya, iaitu mukmin yang patuh kepada semua perintah Allah Taala serta menjadi mukmin yang takut dan gentar kepada Allah Taala dengan meninggalkan segala bentuk makisat sama ada zahir atau pun batin.


so, sejauh mana Ramadhan kali ini berjaya membentuk peribadi kita ke arah yang lebih baik atau pun semakin tak baik, atau pun sama je, x berubah pun dari dulu sampai la ni.. sama-samalah kita bermuhasabah.. apakah erti puasa bagi kita sebenarnya? bulan untuk mentarbiyah hati atau bulan 'sale' di sana sini? jawapannya, tanya pada iman anda. semoga beberapa hari Ramadhan yang tinggal ni kita manfaatkan dengan sebaik mungkin.
PMFST bersama MPP FST/3 telah mengadakan edaran poskad raya sepanjang minggu ini. Selamat menyambut ketibaan syawal bagi yang muslim dan selamat bercuti kepada non muslim.. balik rumah, gi tolong mak ayah rebus ketubat, bakar lemang, jangan bakar mercun pulak.. huhu.. semoga ALLAH mempermudahkan urusan perjalanan anda. =)




Dr. Ishak, pensyarah di PPSM. "Maaf Dr, ganggu jap. nak bg kad raya nii..."-Aiman.


"kak, terimalah ni duit raya yg dh diubahsuai menjadi sekeping poskad raya.. hehe.."

p/s: untuk setiap kelab2 course, sila check letter box anda di bilik PMFST yerr..

ok, Salam Mahasiswa, Salam Perubahan!

Khutbah Ramadhan


“Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh
keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasa-Nya. Didalam bulan
Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan
dibelenggu seluruh syaithan. Padanya ada suatu malam yang terlebih baik
dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam
itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.”


“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan penghulu segala bulan, maka “Selamat datanglah” kepadanya.”

Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu kewajiban, dan qiam dimalam harinya suatu tatawwu’.

Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya samalah dia dengan orang yang menunaikan sesuatu fardhu didalam bulan yang lainnya. Barangsiapa menunaikan sesuatu fardhu dalam bulan Ramadhan samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardhu dibulan lainnya. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah surga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertulungan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin didalamnya.

Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang demikiaN itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa. Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun sebutir korma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya ampunan, dan akhirnya kemerdekaan dari neraka. Barangsiapa yang meringankan beban seseorang (yang membantunya) niscaya Allah mengampuni dosanya. Oleh itu banyakkanlah yang empat perkara dibulan Ramadhan.

Dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepada-Nya.

Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan
perlindungan dari neraka. Barangsiapa memberi minum orang yang
berpuasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk kedalam surga.”

(H.R.Ibnu Khuzaimah)



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes