Wednesday, February 3, 2010

Apa ertinya saya menganut agama ISLAM ???

sedarkah kita mengapa menganut Islam??

tahukan kita apa sebenarnya yg Islam bawakan?

yakinkah kita apa sebenar yg Islam bawakan?

apakah pemikiran kita pernah memikir peranan kita menganut Islam?

Pemikiran kita semakin tumpul...kita semakin lesu dalam soal pemikiran..

tiada keyakinan dalam jiwa kita ,menyatakan kepentingan memikirkan soal peranan..

kerana jiwa telah di sibukkan dengan keduniaan...

dunia hiburan, dunia kemewahan dan keseronokan..

adakah peguasaan keseronokan dunia ini kita relakan??


Semua kebatilan ini telah dan ada perancangannya..

oleh manusia yg gilakan kehidupan dunia..

mereka membina pelbagai sistem, merancang kerosakan...

mengubah corak pemikiran, corak keyakinan..

percayakah anda, corak pemikiran juga mempengaruhi corak keyakinan???

keyakinan kepada kebenaran, keyakinan kepada yg Maha Menciptakan..

keyakinan bahawa Tuhan Sentiasa Maha Mencaturkan..


Saya ingin bawakan sedikit kesedaran, dalam cara sebenar corak pemikiran, corak keyakinan..

petikan buku Maza Yakni fi Intimail lil Islam; oleh Fathi Yakan


Bab 1 : DARI SUDUT AQIDAH (no.7)

7. Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang

itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali manusia

mendahului atau membelangkanginya. Apa yang dibolehkan ialah

ilmuan Muslim atau para ulama' berijtihad mengeluarkan hukum-hukum

dari nas-nas Syari'at dalam batas-batas yang diizinkan. Firman Allah

s.w.t:

Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua

perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya

terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku;

kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam

segala keadaan). (Surah Al-Syura 42: Ayat 10)

Bab 6 : SAYA WAJIB MEYAKINI BAHAWA MASA DEPAN ADALAH UNTUK ISLAM

(elemen E : Kegagalan Sistem Manusia)

Allah s.w.t berfirman:

Yang bermaksud: (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam,

yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh

kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya

daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.

(Surah Al-Baqarah, Ayat: 138).

E. KEGAGALAN SISTEM-SISTEM CIPTAAN MANUSIA.

Kemudian saya harus mengetahui dan menginsafi tentang selok-belok serta

kegagalan yang dialami oleh sistem hidup dan ciptaan manusia, baik di

timur mahupun di barat. Sama ada yang berfahaman kapitalisme,

demokrasi, liberal, sosialisme atau komunisme. Tidak syak lagi ini adalah

kerana keterbatasannya, kelemahannya, sifat kesementaraannya dan

hakikat ianya dari ciptaan insan.

· E.1 Kegagalan Sistem Sosial.

Dalam arena sosial, sistem-sistem yang dipanggil sebagai sistem kanan atau

kirinya ternyata gagal untuk memantapkan kebahagiaan, keharmonian dan

kestabilan. Malah terlalu banyak mala petaka yang ditanggung oleh

manusia hasil dari sistem-sistem ini. Ternyata ikatan kekeluargaan semakin

terburai. Kasih-sayang semakin pudar, akhlak semakin luntur dan runtuh.

Nilai-nilai keutamaan dan keluhuran sudah kehilangan harga. Ketegangan

dan permusuhan mengambil tempat kedamaian dan ketenangan. Semangat

egoistik dan mementingkan diri mengalahkan semangat kerjasama dan

mengutamakan orang lain.

· E2. Kegagalan Sistem Ekonomi.

Dalam bidang Ekonomi, kapitalisme dan sosialisme ternyata gagal dalam

mewujudkan (syura impiannya) atau masyarakat serba adil sebagaimana

yang dilaung-laungkan. Dari sistem ini tercetuslah bermacam-macam krisis

dan permasalahan hidup. Lahir pertarungan kasta, kezaliman sosial,

eksploitasi kepartian, monopoli, kemiskinan, pengangguran dan seribu satu

macam masalah lagi.

· E.3 Kegagalan Sistem Politik.

Dalam arena politik sistem-sistem ala ketenteraan, Demokrasi, Republik,

yang beraja atau tidak beraja, bertanggungjawab melahirkan, merangsang

serta membiarkan penyelewengan serta kebejatan di setiap peringkat.

Penyalahgunaan kuasa, sikap pilih kasih, rasuah, merasa besar diri dengan

kekuasaan, di samping bencana fitnah, pembunuhan, penggulingan kuasa

silih berganti, pemberontakan, penyingkiran serta bunuh diri (assasination)

hampir-hampir menjadi kelaziman sistem-sistem tersebut.

· E.4 Kegagalan Sistem Ketenteraan.

Dalam bidang ketenteraan, sistem-sistem ini (banyak menanggung dosa)

mengabaikan nasib masyarakat dan negara Islam yang lemah seperti

persoalan Kashmir, Eriteria, minoriti Islam di Filipina, persoalan Palestine

dan sebagainya. Yang lebih parah dari itu ada pula negeri Arab yang

menjadikan krisis tersebut sebagai daun dalam permainan politiknya untuk

menggadaikan atau mempergunakannya sebagai isu dan untuk menjamin

kekuasaan mereka agar berlarutan. Sistem ini juga bertanggungjawab

terhadap pengabaian membina kekuatan fizikal dan jiwa ummah yang

membolehkan mereka menghadapi penjajahan dan mengusir Israel dari

bumi Palestine.


Petikan

Maza Yakni Fi Intimail lil Islam ( dari FATHI YAKAN )


inilah salah satu peranan saya sebagai yg beragama Islam..
memberi sedikit kesedaran,
walau jiwa ini masih lagi dalam kejahilan..
adakah anda tahu peranan anda?
fikirkanlah, sudahkah anda memain peranan..
atau masih leka dunia hiburan???
fikirkanlah, teguhkanlah keyakinan pada Allah..
Bertakwalah kepada Allah...YAKINLAH Allah Maha Mengampunkan...



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes