Saturday, March 20, 2010

SHORT SEM...

Post kali ini saya ingin utarakan mengenai permasalahan yang terjadi kepada pelajar Fakulti Sains dan Teknologi, FST tahun 2 yang tidak dapat mendaftar kursus yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Umum,PPU bagi kursus yang berstatus U2 dan U3.

Sehubungan itu,langkah awal telah diambil oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi iaitu saya sendiri selaku YDP PMFST dan bersama exco Kebajikan PMFST Asarulazlan telah ke PPU sendiri bagi mengemukakan permasalahan ini selepas saudara Faiz Ismail MPP UMUM telah pergi menemui Pengarah Pusat Pengajian Umum bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang melanda pelajar FST khususnya tahun 2.

Sistem baru yang mengatakan bahawa pelajar tahun 2 mulai semester ini akan mengambil Latihan Industri pada semester akhir tahun 3.Mahu tidak mahu,kebanyakan pelajar pasti ingin mengambil semester pendek kali ini bagi mengelakkan mereka terbeban dengan jumlah unit yang banyak pada tahun berikutnya dan mengelakkan untuk tidak habis pengajian pada masa yang ditetapkan atau istilahnya adalah ‘extend’.Dengan slogan Kebajikan Anda Keutamaan Kami, pihak PMFST telah bekerjasama dengan wakil pelajar dari Biokimia,Teknologi Kimia,Fizik dan beberapa orang wakil program lain bagi mengumpulkan senarai nama pelajar yang ingin mendaftar melalui saluran media alternatif seperti Facebook,blog dan juga sms.

Sebarang perkembangan permohonan ini akan disebarkan dari masa ke semasa dan kami dari pihak PMFST mengharapkan doa rakan-rakan sekalian semoga permohonan ini berjalan lancar dan kita selaku pelajar FST akan dapat menimba ilmu dengan penuh dedikasi.

~PMFST UNTUK SEMUA~

Wednesday, February 3, 2010

Apa ertinya saya menganut agama ISLAM ???

sedarkah kita mengapa menganut Islam??

tahukan kita apa sebenarnya yg Islam bawakan?

yakinkah kita apa sebenar yg Islam bawakan?

apakah pemikiran kita pernah memikir peranan kita menganut Islam?

Pemikiran kita semakin tumpul...kita semakin lesu dalam soal pemikiran..

tiada keyakinan dalam jiwa kita ,menyatakan kepentingan memikirkan soal peranan..

kerana jiwa telah di sibukkan dengan keduniaan...

dunia hiburan, dunia kemewahan dan keseronokan..

adakah peguasaan keseronokan dunia ini kita relakan??


Semua kebatilan ini telah dan ada perancangannya..

oleh manusia yg gilakan kehidupan dunia..

mereka membina pelbagai sistem, merancang kerosakan...

mengubah corak pemikiran, corak keyakinan..

percayakah anda, corak pemikiran juga mempengaruhi corak keyakinan???

keyakinan kepada kebenaran, keyakinan kepada yg Maha Menciptakan..

keyakinan bahawa Tuhan Sentiasa Maha Mencaturkan..


Saya ingin bawakan sedikit kesedaran, dalam cara sebenar corak pemikiran, corak keyakinan..

petikan buku Maza Yakni fi Intimail lil Islam; oleh Fathi Yakan


Bab 1 : DARI SUDUT AQIDAH (no.7)

7. Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang

itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali manusia

mendahului atau membelangkanginya. Apa yang dibolehkan ialah

ilmuan Muslim atau para ulama' berijtihad mengeluarkan hukum-hukum

dari nas-nas Syari'at dalam batas-batas yang diizinkan. Firman Allah

s.w.t:

Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua

perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya

terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku;

kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam

segala keadaan). (Surah Al-Syura 42: Ayat 10)

Bab 6 : SAYA WAJIB MEYAKINI BAHAWA MASA DEPAN ADALAH UNTUK ISLAM

(elemen E : Kegagalan Sistem Manusia)

Allah s.w.t berfirman:

Yang bermaksud: (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam,

yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh

kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya

daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.

(Surah Al-Baqarah, Ayat: 138).

E. KEGAGALAN SISTEM-SISTEM CIPTAAN MANUSIA.

Kemudian saya harus mengetahui dan menginsafi tentang selok-belok serta

kegagalan yang dialami oleh sistem hidup dan ciptaan manusia, baik di

timur mahupun di barat. Sama ada yang berfahaman kapitalisme,

demokrasi, liberal, sosialisme atau komunisme. Tidak syak lagi ini adalah

kerana keterbatasannya, kelemahannya, sifat kesementaraannya dan

hakikat ianya dari ciptaan insan.

· E.1 Kegagalan Sistem Sosial.

Dalam arena sosial, sistem-sistem yang dipanggil sebagai sistem kanan atau

kirinya ternyata gagal untuk memantapkan kebahagiaan, keharmonian dan

kestabilan. Malah terlalu banyak mala petaka yang ditanggung oleh

manusia hasil dari sistem-sistem ini. Ternyata ikatan kekeluargaan semakin

terburai. Kasih-sayang semakin pudar, akhlak semakin luntur dan runtuh.

Nilai-nilai keutamaan dan keluhuran sudah kehilangan harga. Ketegangan

dan permusuhan mengambil tempat kedamaian dan ketenangan. Semangat

egoistik dan mementingkan diri mengalahkan semangat kerjasama dan

mengutamakan orang lain.

· E2. Kegagalan Sistem Ekonomi.

Dalam bidang Ekonomi, kapitalisme dan sosialisme ternyata gagal dalam

mewujudkan (syura impiannya) atau masyarakat serba adil sebagaimana

yang dilaung-laungkan. Dari sistem ini tercetuslah bermacam-macam krisis

dan permasalahan hidup. Lahir pertarungan kasta, kezaliman sosial,

eksploitasi kepartian, monopoli, kemiskinan, pengangguran dan seribu satu

macam masalah lagi.

· E.3 Kegagalan Sistem Politik.

Dalam arena politik sistem-sistem ala ketenteraan, Demokrasi, Republik,

yang beraja atau tidak beraja, bertanggungjawab melahirkan, merangsang

serta membiarkan penyelewengan serta kebejatan di setiap peringkat.

Penyalahgunaan kuasa, sikap pilih kasih, rasuah, merasa besar diri dengan

kekuasaan, di samping bencana fitnah, pembunuhan, penggulingan kuasa

silih berganti, pemberontakan, penyingkiran serta bunuh diri (assasination)

hampir-hampir menjadi kelaziman sistem-sistem tersebut.

· E.4 Kegagalan Sistem Ketenteraan.

Dalam bidang ketenteraan, sistem-sistem ini (banyak menanggung dosa)

mengabaikan nasib masyarakat dan negara Islam yang lemah seperti

persoalan Kashmir, Eriteria, minoriti Islam di Filipina, persoalan Palestine

dan sebagainya. Yang lebih parah dari itu ada pula negeri Arab yang

menjadikan krisis tersebut sebagai daun dalam permainan politiknya untuk

menggadaikan atau mempergunakannya sebagai isu dan untuk menjamin

kekuasaan mereka agar berlarutan. Sistem ini juga bertanggungjawab

terhadap pengabaian membina kekuatan fizikal dan jiwa ummah yang

membolehkan mereka menghadapi penjajahan dan mengusir Israel dari

bumi Palestine.


Petikan

Maza Yakni Fi Intimail lil Islam ( dari FATHI YAKAN )


inilah salah satu peranan saya sebagai yg beragama Islam..
memberi sedikit kesedaran,
walau jiwa ini masih lagi dalam kejahilan..
adakah anda tahu peranan anda?
fikirkanlah, sudahkah anda memain peranan..
atau masih leka dunia hiburan???
fikirkanlah, teguhkanlah keyakinan pada Allah..
Bertakwalah kepada Allah...YAKINLAH Allah Maha Mengampunkan...



Sunday, January 31, 2010

KALAH

wahai TUHAN yg Maha MENGAMPUNKAN..jika kalah menaikkan kemurnian Islam... redalkanlah kalah dalam jiwa kami..jika menang, menyedarkan umat ISLAM, berilah kami amanah ini.. bukan menang bukan kalah yg dicari.. redai ILAHI kami mencari.. jika bangkit lebih Engkau redai..kami bangkit, kebenaran dicari.. JANGAN TAKUT, JANGAN GENTAR, WAHAI PENCINTA ILAHI...


pesan 1org sahabat kpd Saidina Umar AlKhattab slepas dilantik menjadi khlifah..
"Wahai Umar,

hendaklah kamu takut pada Allah, ketika kamu berurusan dengan manusia.
dan jangan sekali kamu takut pada manusia ketika kamu berurusan dengan Allah.
Dan hendaklah kata-katamu dibenarkan dengan pelaksanaan.
Sebaik-baik perkataan adalah yang dibenarkan dengan pelaksanaan."

Thursday, January 21, 2010

Pilihanraya Kampus PRK

Assalamualaikum...
PRK memang sinonim dengan mahasiswa untuk mahasiswa memilih wakil mereka bagi membantu dari segi kebajikan,akedemik dan sebagainya.Peranan wakil pelajar ini bukanlah hanya terhad pada perjumpaan dengan orang-orang besar,jamuan-jamuan high tea atau seumpanya.Peranan yang lebih besar dan jelas harus dimainkan oleh seseorang yang diberikan amanah untuk memebantu menyelesaikan masalah mahasiswa khusunya.Kenaikan yuran kolej,harga makanan di kafe-kafe yang tidak serata,membantutkan peranan mahasiswa dan pelbagai lagi masalah-masalah yang melanda dan hanya boleh diselesaikan sekiranya wakil mereka bersungguh-sungguh untuk membantu.


Perubahan yang positif seharunya dapat dilihat jika seseorang wakil pelajar itu ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.Dari pandagan saya selaku mahasiswa khususnya di UKM,Mahasiswa tidak lagi boleh menjadi 'orang suruhan'pentadbiran yang dengan sesuka hati melaksanakan sesuatu sistem tanpa mengambil kira pandangan para pelajar yang merupakan 'klien' bagi sesebuah institusi pengajian tinggi.Yuran yang dibayar seharusnya bersesuaian dengan khidmat yang perlu dipelolehi walaupun hak untuk belajar di peringkat tinggi haruslah diberiikan secara percuma.

Dengan itu saya menyeru untuk seluruh warga kampus Uniersiti Kebangsaan Malaysia mengambil pengajaran dari kegagalan tampuk pimpinan lepas yang ternyata gagal membawa masalah besar dari mahasiswa untuk diselesaikan hatta dibawa ke pihak atasan.Kita selaku mahasiswa mempunyai hak majoriti dalam melaksanakan sistem yang terbaik untuk diri kita selaku mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang kita cintai

WE HOPE,WE CHANGE

Saturday, January 16, 2010

Emaskan masa anda

Firman Allah SWT:

“Demi masa! sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH serta BERPESAN-PESAN dengan kebenaran dan kesabaran”—Quran.

“Gunakan masa LAPANG sebelum tiba masa SEMPIT”—Hadis Nabi SAW.



Bernilainya seutas Jam lantaran masa yang ada padanya


Masa itu emas.. Itulah pepatah melayu yang sering dikaitkan tentang betapa berharganya masa yang ada. Dan saya pula lebih suka menggunakan pepatah Arab, masa itu ibarat Pedang! Kerana masa tiada tandingannya dengan wang berjuta.. Atau emas berkarat mahupun intan berlian..

Masa juga, ia tidak boleh dirasa mahupun dilihat oleh mata.. Sekadar manusia mampu mencipta jam konkrit untuk menyukat masa di saban waktu yang ada.. Menyedarkan manusia bahawa masa adalah waktu yang akan berlalu pergi dan tidak kunjung kembali.. Maka, siapa yang perlu dikejar atau mengejar? Kitakah atau masa?

Hakikatnya, kita yang perlu mengejar masa! Bukan masa yang mengejar kita.

Namun, sayang seribu kali sayang.. Masih ramai remaja yang alpa.. Tidak sedar akan hakikat ini dan sengaja membiarkan masa berlau dengan sia-sia.. Percayalah, hari ini kita bertungkus-lumus memanfaatkan masa sudah pasti esok hari impian yang ditanam akan menjadi kenyataan.. Sebuah kehidupan yang lebih sukses bakal menunggu kita di hadapan sana..

Itulah berkat pelaburan masa kita pada hari ini!

Ada dua golongan REMAJA. Yang pertama, golongan yang DICEMBURUI masa.. Sementalah yang kedua, golongan yang DITINGGALKAN masa. Sejujurnya mari kita bertanya pada diri, kita berada di golongan mana??

Golongan pertama, atau golongan yang DICEMBURUI masa adalah remaja yang yang sentiasa bergerak cekap dalam melakukan tindakan dan tugasan harian.. Pantas dalam membuat keputusan akan sesuatu perkara. Tidak bertangguh atau memberi alasan.. Ibarat seperti slogan yang selalu didengari; CEKAP,PANTAS dan DEDIKASI! Kalaulah anda selaku remaja menepati kriteria ini, terbukti andalah remaja yang dicemburui masa itu!

Pokoknya kepantasan anda membuatkan masa tidak dapat mengejar anda! Segala tugasan yang diberikan oleh guru di dalam kelas dapat disiapkan sebelum deadline yang ditetapkan.. Wah! Inilah yang menyebabkan masa semakin hari semakin cemburu dengan anda!

Hebatnya seseorang apabila masa yang hidup di alam maya itu sekalipun mampu mencemburui dia sebagai manusia di alam nyata.. Inilah yang dikatakan Khalifah ciptaan yang Maha Esa. Iaitu, mereka yang bijak memanfaatkan masa untuk pelaburan akan datang yang berfaedah..

Indahnya dunia ini jika dihiasi oleh remaja-remaja seperti ini.. Pastinya alam akan menyanyikan lagu-lagu riang kerana di atasnya berjejak golongan remaja yang mencorakkan dunia dengan warna-warni kehidupan sebenar!

Adapun golongan kedua, iaitu golongan remaja yang DITINGGALKAN masa.. Hakikat, remaja seperti ini tidak takut apabila ditinggalkan masa tetapi apa yang mereka gusarkan ialah bilamana ditinggalkan cinta.. Semangatnya akan rapuh mengejar cinta yang tiada hala tujunya.. Hairan bin ajaib, kerana pada masa yang sama mereka masih bisa berbangga.. Walhal masa sudah pergi jauh di depan sana!

Inilah remaja ‘MADANI’ yang rugi.. Kalaulah mereka terus alpa dan lalai dengan ‘DUNIA CIPTAAN’ mereka sendiri ini, pastilah di hujung sana penyesalan yang tiada galang-gantinya akan terbit.. Aduhai adikku, janganlah anda menjadi golongan ini!

Sesuatu yang kita perlu tahu..

Bila kita membuka mata dari lamunan tidur, kita perlu sedar bahawa masa kita telah lama berjalan.. Maka, dari situ dua perkara yang perlu kita INGAT. Pertama, masa TIDAK akan menoleh ke belakang lagi.. Kedua, masa pasti tidak akan menunggu kita lagi!

Tuntas, marilah kita sama menghargai masa yang dikurniakan sebentar oleh Allah SWT ini.. Apa jua perancangan masa yang diatur biarlah semua berada pada landasan Taqwa.. Emaskan masa kita agar ia bernilai sebanding dengan apa yang dikatakan ‘masa itu emas’.. Bahkan lebih lagi!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes