Tuesday, December 29, 2009

Demokrasi dan Islam

Assalamualaikum

Sudah lama rasanya saya tidak mengupdate blog,mungkin kerana kesuntukan masa dan bebanan tugas yang tidak dapat dielakkan.Tajuk entry kali ini adalah mengenai demokrasi dan Islam,mungkin ramai pernah mendengar bahawa demokrasi bukanlah wujud ketika zaman Rasullah S.A.W.Namun,Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk mengikut peredaran zaman dan sekaligus menerima sistem ini.

Bagi saya,jika demokrasi tidak diamalkan,apakah ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menggantikan demokrasi dan cara itu diterima oleh semua masyarakat terutamanya masyarakat bukan Islam.Bagi saya secara peribadi,sistem demokrasi bukanlah sistem Islam adalah satu mainan politik untuk mengelirukan umat Islam untuk tidak terlibat dengan politik bagi menjamin politik kotor mereka tidak diganggu gugat dan amalan kotor mereka tidak dapat dihidu.Sebagai umat Islam,pemilihan pemimpin yang bersih dari adalah penting untuk menjamin sesebuah institusi kepimpinan itu diredhai Allah.Jika kepimpinan bermasalah sebagai,impak negatif pasti akan melanda orang dibawahnya.

Oleh itu,saya sarankan seluruh pelajar UKM untuk menyambut baik sistem demokrasi ini dan jalankanlah tanggungjawab anda untuk kebajikan anda dan pelajar-pelajar UKM bersama.

Salam Perubahan

Tuesday, December 1, 2009

Doa Buat Palastein


"Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukanlah dari kalangan mereka"-Al-hadis
Subuh pesawat perang dingin itu Al-Aqso pun lengang
Diam mendekam jalanan itu Gaza mati suri
Dan selimut zionis mencekik Negeri Padang Pasir Palestina
Dalam kesengsaraan dan kesusahan ini
Tiada lagi azan yang terdengar Kembang iqamat yang mengelopak
Semua senyap lenyap saat itu Maut datang menerbangkan kerianganku
Masuk ke lubuk pelukan kepanikanmu
Ya Allah Ya Akbar Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah Ya Rahim Ta Allah Ya Mu’min,
Ya Allah Ya Muzil Ya Allah Ya Hakam Ya Allah Ya Waliyyu
Ya Allah tunjukkanlah bentuk kebesaran-Mu
Tunjukkanlah rasa kasih dan sayang-Mu
Tunjukkan pula Engkau pembawa keamanan di bumi para rasul-Mu Hinakanlah zionis yang telah menghina-Mu
Adililah para Yahudi yang telah mengadili umat-Mu yang tak bersalah
Dan tolonglah umat-Mu di Negeri Padang Pasir dari orang kafir
Aku melihat hari ini Yang tak lebih dari mimpi buruk
Dan esok adalah mimpi buruk berikutnya Namun, hari ini ketika hidup tak lebih baik dari kubur Yang membuat impian dan cita-cita indah hilang lenyap tak berbekas
Hari esok adalah neraka yang lain
Maka aku ingin menyudai hari ini Inilah doaku untuk negeriku
Doa palestina yang teraniaya

Tuesday, November 17, 2009

'Mata Hati' yang tersembunyi....

Ghaddhul Basar—Tundukkan pandangan..
Allah swt menggunakan terminologi “Basar”—pandangan dan bukannya “’ainun”—mata.. Tuntas, yang perlu ditundukkan ialah ‘pandangan’ yang meliputi seluruh pancaindera dan bukannya mata sahaja..
Manusia memandang dengan dua pancaindera.. External dan juga Internal.. Pancaindera external ialah memandang menggunakan MATA KEPALA. Manakala, pancaindera internal pula ialah memandang dengan menggunakan MATA HATI. Mata hati inilah yang jarang dijaga oleh kita..
Ya.. Sama pentingnya kita menundukkan mata kepala begitu jugalah pentingnya mata hati ditundukkan. Bahkan perlu lebih lagi. Mata hati bukan boleh dikawal dengan satu anggota seperti mana kita mengawal mata.. Tapi, mata hati terlalu mencapah kuasanya sehingga apabila ia tidak dikawal maka bertapaklah segala bentuk pengaruh syaitan di dalamnya..
Ingat. Yang perlu dijaga bukannya “‘ainun” sahaja.. Tapi, seluruh indera yang berkait dengan “basar”.
Hari ini aplikasi perhubungan internet adalah terlalu pelbagai.. Antara yang ter’famous’ sekali, FACEBOOK. Bagi saya, tak salah menggunakannya.. Manfaatkanlah apa yang kita kira ia boleh menguntungkan Islam.. Itu pra-syarat yang seminimumnya.. Terbukti, ramai yang mampu menjadikannya bermanfaat untuk umat.
Cuma, dalam ‘kesibukan’ memanfaatkannya.. Mata hati mesti selalu dijaga.. Jangan sampai “tegur-sapa” di alam maya menjadikan ia terbekas dan tertempel pada mata hati yang sepatutnya ditala sepenuhnya kerana Allah swt.. Takut, akhirnya ia tumpul lantas patah dek onar maksiat sesama hamba.. Tidak semua “tegur sapa” itu boleh berukhuwwah kerana ukhuwwah bukan ukuran rancak tegur sapanya..
Kalau merasakan ‘tak perlu’.. Tak salah ia ditinggalkan untuk menjaga sucinya mata hati. Insya Allah kita akan untung.
Wahai wanita..
Berdiskusilah.. Tapi niat mesti “Lillahi ta’ala”.. Iaitu kerana ILMU dan KEPERLUAN. Wanita diberikan kelonggaran untuk berdiskusi dan bercakap kerana dua matlamat tadi. Saya sokong untuk itu.. Tapi, entah kenapa.. Dari ilmu dan keperluan boleh terpaling hingga ke perkongsian EMOSI dan PERASAAN.. Sehingga mengundang komen yang berturutan dari bukan mahramnya.. Apakah ia masih perlu?
Tambah sedih lagi..
Wanita menjadi gembira melihat komen untuk kongsi perasaannya hari itu berjela-jela.. Ya Allah.. Tak perlu semua itu.. Simpanlah perasaan dan emosi kamu duhai wanita.. Kongsikan secara rahsia kepada orang yang sepatutnya sahaja. Ayah, ibu atau suami kamu. Itu lagi mendapat pahala dan mengelak dosa..
Jangan kita terperangkap.
Mari kita sama-sama mujahadah.. Nak cetuskan perasaan taabbud kepada Allah bukanlah dengan kita mampu posting sesuatu kalimat indah di alam maya.. Bukan dengan kita mampu ‘cakap’ kepada orang yang betapa kita merindui Allah swt tepat pukul 3 pagi..
Tapi, apa yang terpenting ialah.. Kita bisikkan kalimat itu hanya kepada Allah.. Dia dan kita sahaja. Dia tahu sejauh mana ikhlas kita dan Dia yang akan memberikan ganjaran buat kita.. Apakah tidak cukup lagi untuk kita?
Saya bukan ahlinya untuk dirujuk atau dicontoh. Masih banyak kurang dari lebihnya.. Cuma, sekadar lontaran pandangan atau pendapat dari yang cetek ilmunya.. Moga kita diperjelaskan. Insya Allah..

Wednesday, November 4, 2009

Muhasabah?






Muhasabah datang dari kata arab HISAB.. Maksudnya KIRA.. Kan dulu-dulu, subjek matematik juga dipanggil ilmu hisab.. Ilmu kira-kira..

Makanya bermuhasabah membawa suatu makna kita TIMBANG-KIRA amal yang ada dengan umur yang dah berlalu..

Ya.. Penting sangat..

Kalaulah muhasabah boleh dibuat setiap malam lagi baik..

Tak perlu ambil masa yang lama..

Cukuplah selepas solat sunat dua rakaat sebelum tidur, kita ambil sedikit masa duduk atas sejadah.. Merenung, mengira, menilik, dan menilai segala amal yang dilakukan seharian.. Jika ada amal yang BAIK, maka berjanjilah untuk menambahinya esok.. Jika ada amal yang BURUK pula, berjanjilah juga.. Tetapi, janji untuk tidak sekali-kali mengulanginya!

Janji dengan Allah.. Tuhan sekalian alam!

Bukankah kisah Khalifah Umar masih segar dalam ingatan kita.. Bagaimana beliau bermuhasabah di tengah malam dengan sebatang rotan.. Sehinggakan ketika kematian beliau, jelas kelihatan kesan-kesan rotan pada belakangnya! Hebat sekali kesungguhan MUHASABAH beliau..

Sesungguhnya..

Seorang hamba yang amat cinta dengan Penciptanya pasti ia merasakan getaran yang maha dahsyat tatkala menghadap kekasihnya di sepertiga malam.. Apatahlagi jika kekasihnya tadi ‘mempersoal’ segala dosa-dosa yang dilakukannya di siang hari ketika sesi muhasabah.. Hamba yang bertakwa ini pasti menangis dengan penuh rasa kesal dan bimbang.. Bimbang apa? Bimbang takut-takut dosanya menjadi pemadam kehangatan cinta mereka.. Cinta Hamba dengan kekasihnya (AllaH ‘azza wajalla)..

Macam mana RASA cinta macam nie..?

Benda nie sangat subjektif untuk diterangkan.. Ia bergantung dengan iman dan amal seseorang.. Setiap orang punya tahapan masing-masing.. Manakan sama tahap iman seorang umum dengan seorang ulama misalannya.. Manis cinta itu adalah anugerah yang berbeza-beza dari Allah.. Iya.. Bergantung dengan usaha kita mendekatiNya..

Sekadar renungan..

Seorang teruna yang ketagihan kasih dan belaian si dara.. Dia akan sanggup menunggu berjam-jam lamanya duduk bersama.. Berbual entah apa entah.. Sembang tak habis-habis sampai ke pagi.. Bermula dari lepas maghrib sehingga lepas isyak tak berhenti lagi.. Pukul 1 pagi beli makanan untuk sahur, eh ada lagi mamat dengan minah nie kat kafe.. Bercanda-candaan tanpa ada rasa jemu, mual, penat, dan sebagainya.. Kenapa?? Sebab.. Itulah pukulan CINTA..

Tapi.. Malangnya.. Masa dan tenaga yang dilabur untuk cinta spesis ini tidak mengundang apa-apa faedah.. Air liur terbazir begitu sahaja.. Bahkan! Ancaman Allah menunggu di akhirat sana..

Cinta yang sekejap.. TIRUAN.. Dah berkahwin nanti tahulah apa jadi.. Bosan tak tahu nak sembang apa.. Yelah.. Modal cerita si teruna dah habis time bercouple dulu!

Menyimpang jauh nie.. Tadi kata nak cerita pasal cinta ASLI antara hamba dengan pencipta.

Ok.. Saya suka ulangi bahawa benda nie sangat subjektif.. Bergantung dengan iman dan amal seseorang.. Tapi, kita cuba untuk definasikan melalui perspektif yang umum yang mudah untuk difahami..

Contoh.. Pernah tak satu hari tue kita rasa malas sangat untuk solat berjemaah.. Lagipun bukannya wajib solat berjemaah! Solat kat bilik dahlah.. Rasa surau tue terlalu jauh walhal hanya depan kolej saja.. Tak sampai 10 minit pun kalau berjalan kaki.. So, masa tue ada dua keadaan orang..

Orang yang pertama.. Orang yang kalah dengan nafsunya.. Lantas, tidak ada upaya dan daya untuk mengatur langkah ke surau.. Orang macam nie tidak menghargai ikatan CINTAnya dengan sang Pencipta.. Bukankah sewajarnya ia patut pilih yang paling disukai oleh Allah?? Bahaya tabiat seperti ini.. Sebab takut-takut lambat laun rasa cinta dengan Allah akan terhakis!

Orang kedua.. Macam tadi jugalah.. Rasa malas tue ada.. Tapi, oleh sebab ia pendamba cinta dari Tuhannya maka ia gagahkan juga untuk menapak ke surau.. Menyahut panggilan mu’azzin sebagai ‘tukang seru’ Allah di muka bumi.. Walaupun usaha itu kelihatan sedikit.. Tapi akhirnya, KREDIT CINTA yang akan digunakan untuk menghubungkan antara Hamba-Pencipta dapat ditambah sedikit demi sedikit.. Orang kata, top-up!

Itu hanya 1 per sejuta contoh yang ada..

Realitinya..

RASA bercinta dengan Tuhan bukan boleh dibina dalam masa satu hari! Bukankah Imam Nawawi pernah ditanya.. Bilakah tuan merasa benar-benar khusyuk dalam solat? Jawab beliau.. Aku merasa benar-benar khsyuk dalam solat ketika umurku mencecah 40-an..

Nah.. Sedangkan para ulama besar-besar sekalipun mengikat cinta dengan Tuhan sehingga berpuluh-puluh tahun.. Inikan pula kita hari ini? Itu sebab saya analogikan usaha-usaha amal yang sedikit di mata manusia yang kita perbuat hari ini sebagai suatu usaha menambah KREDIT CINTA kepada Allah.. Sikit-sikit moga ia menjadi bukit!

Insya Allah satu masa nanti rasa BERCINTA yang sebenar-benarnya akan kita kecapi dalam segala gerak-geri kehidupan seharian!

Berbalik kepada perihal MUHASABAH tadi.. Apa perkaitannya dengan cerita cinta yang dibincang?

Senang sahaja.. Dari muhasabah harianlah kita tahu dimana takat cinta kita dengan Allah.. Adakah cinta kita dengan Allah cinta ASLI ataupun TIRUAN? Kalaulah kita sanggup berjam-jam lamanya menghadap kekasih yang berwajah makhluk mengapa pula kita tidak sanggup berjam-jam lamanya duduk bermuhasabah dengan Khalik??

Itu sebab Allah berfirman dalam Surah Syams..


“Maka Allah mengilhamkan kepada manusia dua jalan, jalan kejahatan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya!”

Tuesday, September 15, 2009

Edaran Poskad Raya

salam.
Dalam lebih kurang 3 hari sahaja lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita..

Allah Taala menjelaskan bahawa puasa boleh mendidik seseorang menjadi mukmin bertakwa kepada-Nya, iaitu mukmin yang patuh kepada semua perintah Allah Taala serta menjadi mukmin yang takut dan gentar kepada Allah Taala dengan meninggalkan segala bentuk makisat sama ada zahir atau pun batin.


so, sejauh mana Ramadhan kali ini berjaya membentuk peribadi kita ke arah yang lebih baik atau pun semakin tak baik, atau pun sama je, x berubah pun dari dulu sampai la ni.. sama-samalah kita bermuhasabah.. apakah erti puasa bagi kita sebenarnya? bulan untuk mentarbiyah hati atau bulan 'sale' di sana sini? jawapannya, tanya pada iman anda. semoga beberapa hari Ramadhan yang tinggal ni kita manfaatkan dengan sebaik mungkin.
PMFST bersama MPP FST/3 telah mengadakan edaran poskad raya sepanjang minggu ini. Selamat menyambut ketibaan syawal bagi yang muslim dan selamat bercuti kepada non muslim.. balik rumah, gi tolong mak ayah rebus ketubat, bakar lemang, jangan bakar mercun pulak.. huhu.. semoga ALLAH mempermudahkan urusan perjalanan anda. =)




Dr. Ishak, pensyarah di PPSM. "Maaf Dr, ganggu jap. nak bg kad raya nii..."-Aiman.


"kak, terimalah ni duit raya yg dh diubahsuai menjadi sekeping poskad raya.. hehe.."

p/s: untuk setiap kelab2 course, sila check letter box anda di bilik PMFST yerr..

ok, Salam Mahasiswa, Salam Perubahan!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes